under construction

Tuesday, July 7, 2009 at 6:07 AM
dari tadi aku terfikir anjakan paradigma. dan dari tadi juga aku nak tulis. aku dah tulis ayat itu pun tidak mencukupi. aku perlu kaitkan ia dgn sesuatu.

hari ini kau datang riang tersenyum membuat ku senang. kau hias diri mu. membuat hati bertambah sayang. ( ini tiada kaitan dgn sesiapa. ini hanya sesuatu yg bermain di minda.)

esok aku bakal bertarung. bertarung dengan masa yg telah diperuntukkan untuk aku berada di dlm kelas dan mendengar celoteh pengajar. selepas esok hari rabu mungkin hari untuk kami benci sepanjang semester ini. oh kenapa kami harus belajar di dlm keadaan begini. kenapa tenaga pengajar harus mendera kami dgn kerja2 yg bertimbun dan hanya memberi sedikit masa untuk siapkan? oh aku rindu zaman sekolah. tidak perlu berbuat begini. penat kerana memerah otak dan penat kerana karenah tenaga pengajar.

aku berada di dlm keadaan yg tidak berapa stabil. mungkin seperti air yg sedang digoncang-goncang botolnya ataupun seperti kakak di mcd sdg mengacau mcflurry oreo dengan menggunakan sudu dan. oh sedap nya. boleh juga seperti seseorg sedang membuat uji kaji terhadap chemical yg baru ditemui. oh kenapa harus begini. aku perlukan anjakan paradigma.

menjadi seorg yg kreatif amatlah susah. aku bknlah seorg yg kreatif. namun kerja yg aku perlu selesaikan memerlukan kreativiti. wahai leonardo da vinci bagi lah sedikit idea. kami memerlukan idea yg teramatlah kreatif untuk berjaya.

aku mengalami masalah emosi yg tidak siapa akan tahu apa dan bagaimana mahupun siapa dan dimana ia terjadi. semua manusia mengalami masalah emosi dan setiap manusia mempunyai caranya tersendiri. sehingga hari ini aku sendiri tidak tahu apa masalah tersebut. aku hanya mampu berkata ia hanya masalah yg tidak dapat dihilangkan sampai bila-bila. dan pabila aku menangis siapakah yg akan menghulurkan bahu dan menenangkan jiwa aku?

oh warna awan itu kian gelap. adakah ia petanda akan hujan? marilah kita bertanya pada penganalisis cuaca.

hari jadi merupakan hari yg ditunggu tunggu oleh setiap insan. tepat pukul 12 kedengaran bunyi happy birthday atau selamat hari jadi atau ALLAH selamatkan kamu. mungkin ia tidak sekuat seperti menggunakan microphone daan mungkin ia hanya sebaris ayat di dalam msg. walau apa pun ia tetap bermakan bagi setiap insan. hari jadi selalunya meriah. ada yg baling telur dan ada yg baling tepung. dan ada yg buat lebih ganas lagi. mengikut kreativiti sendiri. aku x pernah kena baling tepung atau telur. aku hanya tahu membaling telur dan tepung kepada insan yg baru menyambut hari jadi. aku pernah terfikir ingin kena baling tepung dan telur lepas tu kena siram air dan kena letak whip cream. oh sedap nya. mcm tgh buat cake. hanya perlu letak perasa pewarna kacau dan letakkan aku di dalam oven. itu hanyalah satu idea. mungkin juga mata ditutup dgn kain diangkat dan diletak di dlm laut. mungkit itu juga satu aktiviti yg menarik di hari jadi. marilah kita sama2 mencuba perkara baru untuk hari jadi nanti ya.

mungkin sesetengah anda para pembaca sudah berfikir atau mengatakan di dalam hati atau kepada rakan apa yg sedang aku sampaikan sebenarnya. carilah. dan tidak akan kalian jumpa.

sudahlah aku berceloteh.

selamat tinggal dunia.

0 thoughts